Ok sebelum itu, akak nak bagitahu awal-awal yang pelajar dilarang memakai sebarang penutup muka semasa di kampus termasuk purdah dan niqab. Habistu, macam mana pulak akak boleh pakai? Ok, akak citer ni.
![]() |
Niqab |
Mind Set bahawa Pelajar Boleh Berpurdah/Berniqab
Ok, sebelum akak masuk mendaftar sebagai pelajar UiTM, akak memang sudah merancang yang akak nak masuk Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam program pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang (Kepujian). Di KUIS, pelajar perempuan dibenarkan memakai purdah/niqab sepanjang pengajian sama ada di kampus mahupun di luar kampus. Jadi, akak memang dah tak fikir tentang 'Larangan Memakai Niqab/Purdah di IPT'.Tak Mengikuti Minggu Destini Siswa (MDS) - Orientasi
Buat pengetahuan adik-adik, akak tak sempat nak mengikuti program orientasi yang dianjurkan oleh pihak UiTM Kampus Puncak Alam. Jadi, pengetahuan akak untuk undang-undang dan cara hidup di UiTM PALAM memang kosong, tak tahu pape. Akak mendaftar di UiTM PALAM secara persendirian dengan bantuan pakcik akak. Akak pun tak tahu nak daftar kat mana, kolej kat mana dan lain-lain.
Cara Pemakaian Akak di Kampus
Kebiasaannya akak akan pakai jubah/baju kurung + tudung labuh koshibo berwarna hitam bersama niqab. Kadang-kadang akak pakai seluar slack hitam + blouse labuh/baju muslimah labuh. Tapi cuaca di Puncak Alam boleh tahan panasnya. Jadi, kadang-kadang akak akan pakai tudung warna lain selain hitam macam maroon, pink, purple dan lain-lain serta purdah. Akak lebih suka memakai niqab berbanding purdah sebab niqab lebih menutup (niqab menutup kening, purdah mendedahkan dahi). Akak memang tak suka bawal, shawl dan lain-lain. #penat #panas #susahNakTutupAurat
Lagipun, pada pendapat akak, kalau nak pakai niqab/purdah, lebih baik digandingkan dengan tudung labuh jahit tengah macam tudung labuh koshibo/khimar. Sebab, nampak lebih manis dan tak terlalu menarik perhatian. Apa fungsi pakai purdah/niqab? Mesti tak nak terlihat menarik perhatian bukan?
![]() |
Tudung Labuh Koshibo |
Pergaulan Sosial di UiTM Sepanjang akak belajar di sini, Alhamdulillah, tak de lelaki nak kacau akak. Tak berani nak bergurau senda bagai. Lagipun, akak dah bagitahu awal-awal pada kawan-kawan akak yang akak tak nak bermesra dengan budak lelaki a.k.a. ajnabi. Jadi, budak lelaki dah faham macam mana cara hidup akak. No ajnabi!
Namun, apa yang akak perhatikan, pelajar lelaki di sini suka memandang tepat mata kita bila bercakap. Akak tak selesa. Akak dah biasa tak pandang mata ajnabi bila bercakap. Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, akak beli niqab Hidden Eyes di mana niqab ni akan menutup mata kita seperti burqa cuma burqa ni penutup matanya lebih besar. Niqab Hidden Eyes lebih sesuai untuk pelajar sebab sangat sesuai untuk bergerak dan buat kerja serta berjalan jauh. Tapi, akak belum pakai lagi niqab tu sebab akak order dari online.
![]() |
Niqab Hidden Eyes |
Sepanjang Pengisian Kuliah di Kampus
Ok, sepanjang akak belajar di sini, akak selamber je pakai niqab pergi kelas, daftar subjek, taklimat dan lain-lain. Memang masa tu tak de sapa marah atau suruh akak bukak niqab. Pensyarah pun ok je dengan akak. Semua ni akak lalui seperti biasa sehinggalah pada suatu hari...
Nak Pergi Pejabat Pos Laju
Ok, tujuan akak nak pergi ke Pos Laju sebab akak nak amik niqab Hidden Eyes yang akak order masatu. Namun, dalam perjalan ke Pos Laju, akak telah ditahan oleh seorang kakak senior yang kebetulan terserempak dengan akak. Kakak senior tu tegur akak,
Kakak Senior : Assalamualaikum, dik. Adik dah sem berapa?
Akak : Saya baru sem satu.
Kakak Senior : Adik dah berapa lama pakai niqab?
Akak : Dah lama dah. Kenapa ya kak?
Kakak Senior : Akak bukan apa, akak cuma nak tegur, kat sini tak boleh pakai niqab. Sebab dah langgar etika pemakaian di UiTM. Kalau adik dah terpakai, hati-hati jangan sampai terserempak dengan polis bantuan (di UiTM). Kalau nampak diorg, lari jauh-jauh tau! Nanti kena saman.
Akak : Ooo... OK OK. Baik, akak. Terima kasih sebab tegur saya.
Hmm... Baru je semangat nak amik niqab yang baru beli tu. Takpela, simpan jela dulu.
Macam mana la akak boleh lupa bahawa rata-rata di IPTA tak boleh pakai purdah. Adush, menyesal tak masuk KUIS je masatu. Pada keesokkan harinya, memang akak malu nak keluar rumah pergi kelas. Tapi, alhamdulillah, akak dapat kawan-kawan yang sangat memahami dan menyokong akak daripada belakang. Jadi, akak buat keputusan untuk teruskan je di UiTM ni dan bermulalah hidup akak di UiTM tanpa niqab/purdah. Tetapi, di luar kampus, akak tetap memakai niqab.
Kakak Senior : Assalamualaikum, dik. Adik dah sem berapa?
Akak : Saya baru sem satu.
Kakak Senior : Adik dah berapa lama pakai niqab?
Akak : Dah lama dah. Kenapa ya kak?
Kakak Senior : Akak bukan apa, akak cuma nak tegur, kat sini tak boleh pakai niqab. Sebab dah langgar etika pemakaian di UiTM. Kalau adik dah terpakai, hati-hati jangan sampai terserempak dengan polis bantuan (di UiTM). Kalau nampak diorg, lari jauh-jauh tau! Nanti kena saman.
Akak : Ooo... OK OK. Baik, akak. Terima kasih sebab tegur saya.
Hmm... Baru je semangat nak amik niqab yang baru beli tu. Takpela, simpan jela dulu.
Nak Berhenti Belajar di UiTM Puncak Alam
Seriously, akak memang dah meroyan habis sebab tak boleh pakai niqab/purdah di UiTM. Waktu malam tu, memang dah nak nangis meroyan semua. Akak bukan apa, akak takutkan fitnah. Lagi-lagi bila akak di luar pemerhatian dan pengawasan ayah akak. Memang berat ujian dan cubaan di sini. Kena banyak bersabar dan kuatkan Iman. Malam tu juga, akak mengadu pada kawan-kawan akak pasal masalah ni. Semua tak sangka yang UiTM tak boleh pakai niqab/ purdah. Akak nak berhenti UiTM tapi tak boleh sebab akak dah terikat dengan perjanjian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor. Jadi, nak tak nak, akak kena jugak sambung belajar. Menyesal tak sudah akak masatu.Macam mana la akak boleh lupa bahawa rata-rata di IPTA tak boleh pakai purdah. Adush, menyesal tak masuk KUIS je masatu. Pada keesokkan harinya, memang akak malu nak keluar rumah pergi kelas. Tapi, alhamdulillah, akak dapat kawan-kawan yang sangat memahami dan menyokong akak daripada belakang. Jadi, akak buat keputusan untuk teruskan je di UiTM ni dan bermulalah hidup akak di UiTM tanpa niqab/purdah. Tetapi, di luar kampus, akak tetap memakai niqab.
First and for most, terima kasih Akak for this entry. Saya kinda risau, sebab saya baru berjinak dalam pemakaian purdah. Baby steps. Saya pun student UiTM. Saya risau nanti bila kita semua dah naik masuk kuliah after Covid surut, tak tahu mcm mana nak bawa diri berpurdah. Entry akak, help me serba sedikit. Pray for me💕
BalasPadam